Tuesday 26 July 2011

Koleksi Novel Popular: Suite 1908

Sri Diah antara penulis wanita yang banyak menghasilkan novel popular namun pengisian amat baik dengan nilai murni dan agama berbanding novel popular lain di pasaran.

Koleksi Novel Popular: Tangisan Bulan Madu 1-4

Novel ini mempunyai rantaian pembaca paling ramai di kalangan remaja atau dewasa. Sentuhan kata dan susunan watak yang terisi baik dan shahdu karangan penulis prolifik negara Samsiah Mohd Nor.

Koleksi Ahadiat Akashah

Inilah penulis yang menulis banyak novel popular di Malaysia.

Koleksi Sasterawan Negara: Interlok

Inilah buku yang menjadi kontroversi orang India di Malaysia. DBP terpaksa mengedit dan mencetak lain untuk membuang perkataan sensitif bagi kaum India.

Koleksi S.M Zakir: Seigala Dan Sekuntum Tulip

Karya sasterawan muda Malaysia S.M Zakir anak kepada Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Kumpulan cerpen yang sarat dengan falsafah dan idea orang-orang muda.

Koleksi Faisal Tehrani: Bila Tuhan Berbicara

Tajuknya cukup mengelirukan namun penyampaian isinya bermakna.

Koleksi Faisal Tehrani: Tiga Kali Suci

Takut melihat tajuknya tapi isi cukup tebal ilmunya.

Koleksi Faisal Tehrani: Tuhan Manusia

Menarik untuk dibaca.

Koleksi Cerpen: Cerita Malam Pertama Lutfi Ishak

Kumpulan Cerpen Cerita Malam Pertama karangan Muhammad Lutfi Ishak kini berada di pasaran seni.

Koleksi Novel Islam: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Inilah novel yang paling sedih yang mengawali nusantara melayu yang dikarang ulama besar melayu iaitu HAMKA.
Kisah kedalaman cinta MD Zainuddin kepada Haryati sehingga menjadikan beliau seorang penulis besar.
Haryati maut dalam nahas kapal di lautan.

Koleksi Motivasi: Nik Nur Madihah - Permata Generasi Rabbani

Buku ini ditulis dan disertaikan gambar pengalaman hidup Nik Nur Madihah yang berjuang dari kemiskinan hidup untuk berjaya dalam SPM. Banyak kisah suka duka sebelum beliau berjaya.

Koleksi Sejarah Islam: Umar bin Abdul Aziz

Buku ini menceritakan zuhudnya khalifah Bani Umaiyah berbanding khalifah yang lain yang amat mementingkan kehidupan mewah berbanding beliau. Umar bin Abdul Aziz dianggapkan sebagai khalifah al-Rasyidin yang kelima oleh sejarahwan Islam lantaran corak pemerintahan menyamai kepimpinan Khulafa al-Rasyidin.

Buku ini dikarang oleh Abdul Aziz Sayyid Al-Ahli

Koleksi Perkahwinan: Nuysuz - Petaka Rumah Tangga


Buku ini terlalu bangus menerangkan tentang penderhakaan isteri yang perlu dijauhi

Mengada Perlu Bersahabat Dengan Buku

Manusia tanpa buku umpama manusia di pulau nun jauh.
Membaca satu halaman buku bererti kita mula belayar meninggalkan pulau terasing.